Monday, 20 January 2014

Majlis Pelancaran Kempen Keahlian Puteri UMNO Malaysia


Taiping, Perak - Pelancaran Karnival Kempen Keahlian Puteri UMNO yang julung kalinya diadakan di Perak, di bawah kepimpinan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Mas Ermieyati Samsudin dijangka mampu menarik ribuan ahli baru.

Karnival yang berlangsung di Taman Tasik Taiping, Taiping Perak itu berlangsung dengan meriah dan bertujuan adalah untuk mensasarkan ahli baru Puteri UMNO untuk masa yang akan datang & mendekatkan generasi muda kepada UMNO khususnya.

Rata-rata mereka yang hadir terdiri daripada Puteri UMNO yang meliputi 24 bahagian di seluruh negeri Perak dan terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan di sepanjang program, antaranya 'booth' pameran dari pelbagai agensi seperti PDRM, AADK, RELA dan jualan barangan daripada Puteri UMNO.

Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Zahida Zarik Khan berkata, Perak menjadi tuan rumah pertama pelancaran karnival ini dan ia akan dijalankan secara berperingkat-peringkat di negeri lain.

Tambahnya, program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai terutama pengundi muda.

"Sasaran kita adalah untuk menarik lebih ramai wanita muda untuk mendekati Puteri UMNO, alhamdulillah saya lihat sambutan di sini amat menggalakkan.

"Diharapkan sasaran keahlian sebanyak 500,000 ahli akan tercapai," katanya ketika ditemui dalam program tersebut. - nadirakyat.net

Majlis Pelancaran tersebut disempurnakan oleh YB Dato Seri Mohd Shafie Apdal, Naib Presiden UMNO merangkap Pengerusi Biro Keahlian UMNO Malaysia.



lagi foto di :
https://www.facebook.com/chikobanh/media_set?set=a.10203113651661411.1073741857.1210172584&type=1

Thursday, 12 December 2013

Misi Bantuan Prihatin - Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

Misi Bantuan Puteri Prihatin 
7 Disember 2013 |" Misi Bantuan Puteri Prihatin" - Merupakan salah satu program dibawah Biro Sukarelawan yang dipengerusikan oleh EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia , Saudari Farhana Alham. Pada 7 Disember 2013 lalu, misi ini telah melibatkan seramai lebih 50orang sukarelawan Puteri UMNO telah turun dalam memberikan bantuan dan sumbangan kepada mangsa-mangsa bencana, mereka juga  berkampung di Kuantan bagi membantu mangsa-mangsa bencana banjir disana.














Friday, 6 December 2013

Kunjungan Mesra YB KPUM Ke Laman Media Perhimpunan Agung UMNO 2013

Kunjungan Mesra YB KPUM Ke Sekitar Laman Media Perhimpunan Agung UMNO 2013 
 Jutaan Terima Kasih Kepada Rakan-Rakan Media Yg Bertungkus Lumus Didalam Menjayakan Perhimpunan Agung UMNO Selama Ini


> lagi foto ::klik sini::